Dulu waktu orang-orang tua asyik berpesan"nak ikat suami dengan perut", aku masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Aku bukan tak percaya, tapi macam tak logik. Kenapa la pulak nak ikat-ikat orang nih..
Sebab kedua aku tak percaya, aku tengok ramai member2 ku dahla tak pernah masak untuk suami, suami pulak yang masak untuk depa - "terikat" je si suami kat depa. Malah bukan main cinta lagi kat bini.
Sebab ketiga aku tak percaya, aku percaya yang membahagiakan si suami adalah si isteri yang bahagia. Jadi kalau si isteri asyik penat memasak, bekeng 24 jam, tak semestinya si suami tertambat.
Sebab keempat, aku tengok ada gak bini2 yang kaki masak 5 kali sehari untuk suami, tapi kena tinggal gak. So aku lagila persoalkan kesahihan teori ni.
Sebab kelima dan yang paling utama, of coursela aku tak percaya sebab aku sendiri memang tak pandai masak pun. So, untuk sedapkan hati dari takut laki lari, aku pun kononnya tak percayalah.
Sampailah aku ditakdirkan berkahwin. Memang time tu, aku nak test jugak - "betuikah nak ikat suami melalui perutnya?". kalau aku jamu nasik ngan telur kicap (telur goreng buh kicap je) hari2, adakah cintanya akan beralih arah ke kedai mamak?
Tapi kes aku susah jugak nak dijadikan kes studi. Sebab suamiku tak pernah expect aku memasak. Dia takdala pulak masak untuk aku tapi dia sering bertanya hari2, "nak makan apa kie, abang belikan".
Masa awal2 berkahwin tu, aku macam balog liat jugak. Kalau boleh hari2 nak mintak suami belikan lauk. Time mengandung paling best, boleh rilek je...hehehe...ish-ish...tak baiknya aku.
Sampailah masanya anak aku berusia setahun lebih, dan mula memakan nasik. Of courselah kebiasaan hati seorang ibu, pasti sanggup memasak apa saja kegemaran si anak. So berlakulah episod belajar memasak dari taktau masak dan memborong buku2 chef hanieliza beserta rempah2 instant adabi.
Aku try macam2 masakan. Dari sambal, sup, panggang, berkuah, bergoreng blabla...Of courselah sudah sinonim kepada orang yang baru belajar memasak, ayam masak kicap menyerupai ayam hangus, kerutuk telur berubah wajah menjadi kurma telur, nasik beriyani terjadi masakan special, iaitu - bubur beriyani.
Tapi aku pelik dengan suamiku. Alhamdulillah, tidak pernah complain. telur goreng bercampur cengkerang telur pun dia balun je untuk sahur. Nasik lembik pun seleraje dia makan siap buh kuah lagi.
So......
Benarkah mengikat suami melalui perutnya?
Sebelum ku jawab, biarlah aku nukilan kan episod terkini. Aidilfitri tahun ni, kira aku sudah lulus lah untuk memasak untuk kenduri kendara. Dah tak gerun dah untuk panaskan minyak, tumis, jirus santan dalam kawah besar untuk buat rendang. Dah tak gerun menjadi tukang masak solo. yes, solo. Solo bermaksud, kalau tak sedap, semua orang sakit perut, siaplah nkau nak menjawab.
Aku tak la kata aku pandai memasak, tapi suamiku macam suka masakan ku. Alhamdulillah. kalau aku penat dia akan tapau, tapi aku dapat rasakan dia macam happy semacam kalau nampak ada ayam ke, daging ke yang dah dikeluarkan dari peti sejuk. Hari-hari dia tanya, "masak apa hari ni, yang?"
Ramadhan tahun ni, boleh dikatakan hari2 aku masak untuk keluarga. Aku kira selera suami dan keluargaku sudah sebati dengan rencah air tanganku, walau pahit manapun masakanku.
Besok, aku akan berpisah sekejap dengan suami untuk menjaga ibu di kampung halaman yang tidak sihat. Suami aku ada kata, dia akan sangat merindui ku. So, aku terfikirlah balik, adakah sebab hari2 dia bangun breakfast dah terhidang di atas meja?
Hmmm... susah nak menjawab. Sebab, ada jugak hari2 aku bangun roti canai dah tercangak kat atas meja.
apa yang boleh aku simpulkan, masakan si isteri tidaklah semestinya mengikat suami, tetapi menambat kerinduan si suami. Masakan tidak, hari2 asap bekepui di dapur, aroma tumisan menghuni se pelusuk rumah, air teh panas siap terhidang menyambut keletihan suami. tiba2, kena mengadap mi goreng sejuk di balik bungkusan surat khabar.... cuba bayangkan kita di tempat suami..sure rindu si isteri kan?
Jawapannya, janganlah berniat memasak untuk mengikat suami. Masaklah dari hati yang kasihan melihat suami dan anak2 nak kena makan bungkus lagi. Yang paling penting, masaklah untuk mengikat diri kita dengan masakan kita. Sebab bila kita happy memasak, akan terpancar kepuasan yang menjadi penyejuk hati suami.
Yang mengikat suami sebenarnya, ialah kasih sayang kita - yang salah satunya dizahirkan melalui rencah air tangan kita. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment