Friday, 20 January 2012

Perasaan memakai tudung labuh aka tudung bulat

So besok tu aku pun pegila kedai tudung labuh An-Nur dekat Gombak tu. Aku beli tudung labuh cream sebelah pagi pastu petang tu aku nak keluar ke The Mines dengan family laki aku.

Nilah perasaan dia bila memakai tudung labuh bulat...

- rasa bila keluar dengan kawan ke, ngan famili ke, kita memang niat hendak berbuat baik, menggembirakan kaum kerabat sahabat handal. Kita dah lupa tentang diri kita. Berbeza dengan bila kita bersolek dan bergaya, kita rasa cam "oh dunia, lihatlah aku!". Dua-dua perasaan memang best, tapi perasaan bila pakai tudung bulat lagi best lah senang crita.

- rasa malu satu macam. memang lah kita pompuan sentiasa malu. tapi bila bertudung bulat ni rasa lagi malu. rasa nak cakap pun taknak kuat. nak ketawa pun kena agak-agakle.

- rasa tenang. ntahla dari mana datang perasaan ni. memang cool je.

- tak panas lansung. malah senang nak bagi susu baby.

- rasa terlindung. ok tahukah anda apa erti hijab sebenar? contohnya, katakan anda sedang memasak di dapur yang ada tingkap. anda pakai baju kelawar lengan pendek paras lutut. tiba-tiba, terdengar suara posmen poslaju minta salam sebab nak mintak sign. apa yang akan anda lakukan? memakai shawl dan bermekapke? (astagfirllah)...TIDAK BUKAN? saya pasti dalam kelam kabut tu anda akan mencapai kain langsirke, kain tuala besarke, kain selimutke untuk selubungkan diri sebab nak kena bersemuka dengan pakcik posmen sebab nak sign...apa perasaan anda ketika itu? "fuh, sib baik tak nampak. tidak malu aku!". Hah, itulah perasaan bila kita benar-benar terhijab. Bila kita keluar rumah rasa hendak bermegah-megah dan berbangga-bangga, maka kita perlu semak semula samada diri kita benar-benar terhijab!

- rasa berharga. Susah saya nak gambarkan perasaan ni. terasa kerana diriku begitu berharga, bak kata iklan loreal.

- rasa seperti seorang wanita.

- yang paling penting, rasa happy sebab kemana-mana ku pergi, wanita-wanita tudung labuh akan senyum padaku. aku berjumpa kawan-kawan yang baik di mana-mana saja yang kena waiting cam klinik ibu anak ke,bank ke.


So dari pengalaman aku, bertudung labuh ni memang best. Alhamdulillah, aku dah pun ada beberapa pasang dan anak pompuanku dah dapat ku lihat memakai tudung labuh. Tudung labuh seumpama komitmen yang kita genggam kuat untuk berusaha sebaik mungkin meningkatkan ketakwaan kita. Bukan bila ketakwaan meningkat baru berani bertudung labuh. Apalagi..cubalah!



Copied from http://www.patheos.com/blogs/mmw/

Next: Hijabista vs Tudung Labuh: She says







4 comments:

  1. Alhamdulillah....

    :)Saya juga dulu pernah alami bagaimana rasa pertama kali memakai tudung labuh..

    mmg semua tersenyum tgok saya..(seblum tu sorg pun xpernah senyum bila saya jalan sebelah) even non muslim =)

    Malu, berdebar, excited, tenang dan best! Alhamdulilah..indah sekali perasaan itu. Perasaan selamat sangat.

    ALhamdulillah...moga akak istiqamah dan mujahadah. Saya juga mahu istiqamah dan mujahadah. moga ALLAH redha..amin.

    ReplyDelete
  2. Kak pun sentiasa berdoa semoga istiqamah dan mujahadah. Alhamdulillah, sejak bertudung labuh rasa enggan kembali kepada fesyen asal sebab ketenangan yang diperoleh sangatlah luar biasa. MashaAllah.

    Seronok sangat sebab Fairuz pun berkongsi perasaan yang sama!

    ReplyDelete
  3. akak......

    saya rasa nak menangis..huhu =')

    Alhamdulillah... Syukur sgt2 saya kena ragut dan dapat jumpa akak. Kalau saya x kena ragut..mesti saya terus balik bilik..dan mungkin saya tak belajar sstu yang begitu hebat ini. SubhanaALLAH...

    tq ya ALLAH...Alhamdulllah..:)

    ReplyDelete