Kata kolumnis tetap majalah Solusi, Saudari Fatimah Syahra, (copied from http://husnajamil.blogspot.com/2011/11/tudung-labuh.html
"Bagi
akak, orang yang konsisten bertudung labuh kerana dia bertudung labuh
dengan kefahaman. Iaitu dia berasa perlu bertudung labuh apatah lagi
dalam konteks pakaian wanita di Malaysia yang berkain ringan dan lembut.
Dia juga mengalami pengalaman-pengalaman hidup yang membuatkan dia
berasa tudung labuh istimewa.
Bagi
orang yang tidak konsisten bertudung labuh, mungkin dia dalam proses
berjinak-jinak dengan tudung labuh. Dia belum sampai merasai tudung
labuh benar-benar istimewa buatnya. Hormatilah pilihannya kerana dia
melakukan sesuatu yang masih dalam batasan harus, bukannya membuka
aurat.Memperlecehkan mereka ibarat tidak membenarkan mereka berhijrah
perlahan-lahan mengenal kebaikan. (Tapi akak yakin adik Aufa bukan
seseorang yang suka memperlecehkan).
Bagi
yang bertudung tidak labuh pula, mereka melakukan sesuatu yang masih
dalam batasan harus. Hormatilah pilihannya. Cuma, bagi akak, dengan
pakaian wanita Malaysia yang ringan dan lembut ini, bertudung labuh
lebih berpotensi besar untuk menutup potongan bentuk badan berbanding
tudung tidak labuh. Maka, jika bersedia, bolehlah menutup dengan lebih
sempurna.Sama-sama
saling menghormati, saling menasihati, saling berbaik sangka dan
saling mendoakan agar kita menjadi lebih baik di sisi Tuhan. Rasulullah
SAW mendidik hingga satu generasinya (generasi sahabat) masuk ke
syurga. Begitulah yang kita impikan pada generasi kita, biar satu
generasi sama-sama layak ke syurga."
Kata Asra Q. Nomani, pemerhati fesyen hijabi,
“adalah amat pelik pakaian yang sepatutnya mencerminkan
sifat malu menonjolkan nama pereka-pereka fesyen yang kebanyakannya terkenal
dengan seksualiti dan sifat tidak tahu malu”.
Dua penyelidik fesyen hijabi dari Turkey, Ozlem Sandikci dan Guliz Ger pula merumuskan,
“tudung
tidak berfungsi menyembunyikan rambut, tetapi menggantikan rambut”.
Makluman lanjut dari kajian-kajian ke atas hijabista di atas boleh diperolehi di link article di bawah ye wahai teman-temanku.
http://www.scribd.com/doc/79013678/FENOMENA-HIJABISTA
No comments:
Post a Comment