Wednesday, 19 December 2012

CERITAKU DI PHUKET

Percutianku hancur sekelip mata.

Dalam perjalanan, tengah berjalan, sesudah berjalan pun, tiada apa yang dapat kunikmati di pantai yang terkenal di kalangan minah2 saleh serata dunia nih.

Semenjak pantai ternama ini dilanda tsunami suatu ketika dulu, aku macam teringin benor nak ke Phuket. Aku sudah lama menghimpun nekad, untuk bergambar sakan, and of course berfacebook sakan tentang percutianku di Phuket.

Tapi oh, sayangnya Allah kepada hambaNya, sib baiklah percutian tu hancur. Tak sempatle aku nak menayangkan foto2 aku tersengih di tengah pantai biru, mengupload gambar juadah yang tak berapa pelik pun (nasi goreng pataya/ nasik paprik) & pelbagai lagi foto2 yg macam poskad di Facebook. Kalau tak, mungkin aku akan tersyok melayan komen2 org kat fb hehe.

Dalam 20 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Phuket aku mengalami sakit blakang yang macam melecur. Demam panas pun ada. Memang tak ada mood gila nak turun kat mana2 r&r.

Sampai di Phuket, kami check in di Arman Residence. Hah, ni lah pic nya letaknya di tengah2 kota happening Phuket yang tersangatlah happening dan best. Bestkan? tetipa, eh, tetapi, tidak kepadaku.


Kerana apabila aku mula menikmati hot showernya yang begitu best, aku dapati ada ketulan2 pedih di belakangku.

Apalagi, berlarilah aku ke laki aku dan minta dia tengok apa benda kejadahnya yang cam geli & menyakitkan tu. Kerisauan aku mula meletup apabila laki aku yang very cool tu pun cam tekezut, "Ya Allah! Subhanallah, astagfirullah.." dan macam2 zikir lagilah yang terkeluar dari mulut dia. "Ini melecur ni!" katanya. Kataku? "OH tidakkkk..bang camna ni?". Aku panik!

"Ish2, camna nih, pasal voltaren gel ka?" al kisah, dua hari sebelum ke Phuket aku kerap menyapu voltaren gel yang diberikan IJN sebab macam sakit dada.

Yakin benar aku alergi kepada voltaren, aku pun berlari la ke farmasi berdekatan, dengan penuh kesediaan untuk berbahasa isyarat andaikata aku dibalas koen phoeed thai (can you speak thai) atau dipersembahkan dengan muka blur tokeh farmasi yang tak paham english.

Tanpa banyak bertanya, aku just cakap, "A-LER-GI" cam aku sebut kat budak darjah satu. Aku lalu diberikan pil dan ubat sapu.Peh, paham pun.

Maka dengan lafaz bismillah, sapulah aku di tempat melecur tu. Dan turun makan buffet dengan senang hati. (Of course, teringin jugak nak bergambar sakan sana sini makan buffet hotelkan...bukan selalu..tapi oh, apalah nasib).

Malam itu, bermulalah azab episod kedua. Tidurku tidak nyaman di katil empuk. Tidur anak2 ku pun tak nyaman dek aku asyik tutup bukak aircond sebab suhu badan aku macam roller coaster plak. Kejap sejuk, kejap tak cukup sejuk.Asal nak terlelap ja, aku dikejutkan dengan rasa melecur teruk di blakang. Tukar posisilah, apalagi - tidur berdiri, duduk, baring. Yes, aku bangun keesokkannya mendapati diriku tertinggung di atas katil sebuah hotel popular di phuket di samping anak2 yang tidur nyenyak memeluk bantal. 

Banyak plan besoknya tu. Yang paling ditunggu2 - yes, shopping! Tapi yang dicari dan dituju - yes, klinik2 atau hospital.

Aduh, kesiannya lakiku, kesalnya aku sebab dia terpaksa merayau-rayau cari klinik di hari pertama yang diharapkan dapatlah kami berjalan2 menikmati kota Phuket. Dan lebih teruk lagi, klinik2 kat sana ada seketul dua je dan semua tutup awal. Pelik jugak aku awatla Phuket lagu ni. Ada satu klinik ni dah la susah nak cari, nurse dia siap cakap doktor takdak & suruh aku gi hospital awam.

Hospital awam? terbayang aku kena ambik nombor and tunggu berejam. Oh, sungguh best kan mengharungi perjalanan 20 jam untuk bercuti di hospital? 

Kejutanku mendadak apabila doktor cun kat hospital tu pun tekejut tengok blakang aku, "oh dear!" itulah kalimat pertama dari englishnya yang perfect American tu. Huh, sib baikla leh kecek english..

"This is not aleRgi. This is heRpes!!!" Yes, huruf R dibesarkan untuk mengkhabarkan betapa indah suaranya berdialek American.

Herpes?!! ee...apa tu...macam penyakit yang melanda orang tak mandi sepuluh hari je...bunyi cam kurap or kudis buta pun ada eee...apa salahku?!! mandi hari2..wuduk hari2. nak kata main kurap kucing, jauh sekali. nak kata duk rajin kopek kudis gigitan nyamuk tu, ada gak le sekali sekala tapi ish, takkan ini balasannya....

"This is how it happened. When you were little, you had chicken pox right? The virus remain in youR body. So now it comes out as heRpes zosteR. The virus is same like chicken pox virus"...aku pun paham tak paham apa dia cakap walaupun aku paham American english. Yang aku tau bila laki aku tanya doktor cakap apa, aku bantaije cakap "chicken pox".


Aku pun dapatla sedozen ubat anti viral. tapi ubat tak ubat, aku stress, stress, stress! Dan bila sampaije hotel, apalagi, bermulalah aktiviti yang sering kulakukan bila aku stress - mengoogle.



Nampaknya, aktiviti mengoogle aku bukan lagi mengurangkan stress, menambahkan stress aderla. Mana taknya, aku ditayangkan dengan imej2 org yang kurang bernasib baik cam aku nih, ha ni lah contohnye la...


Banyak gak maklumat aku dapat tahu. Herpes zoster ni ada nickname yang bleh diilhamkan untuk nama kucing - shingles. Orang yang penah dapat chicken pox and imuniti rendah cam aku, amat berpotensi dapat penyakit ni bila dewasa. Ha itula hakikat kena terima, takdak kena mengena ngan tak mandi semingguka, peluh sakan ka or main kucing kurap ka.

Dan paling mengejutkan aku dapat tau, tanda2 awal dia ha tu la, sakit dada. So buat penat je aku pi ijn kul 10 malam hari tu takdak kena mengena pun ngan sakit jantung.

 Lagi satu fakta yang membangangkan, herpes ni makan masa lama nak sembuh. Mungkin seminggu, mungkin dua minggu, sebulan pun ada. Maka dengan itu, amatlah besar kemungkinan aku akan menghabiskan percutian di Thailand dengan muka cam orang kalah bola.

Ha inilah buktinya. Sekian.







Wednesday, 29 August 2012

Ikat suami melalui perutnya? Betulke?

Dulu waktu orang-orang tua asyik berpesan"nak ikat suami dengan perut", aku masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Aku bukan tak percaya, tapi macam tak logik. Kenapa la pulak nak ikat-ikat orang nih..

Sebab kedua aku tak percaya, aku tengok ramai member2 ku dahla tak pernah masak untuk suami, suami pulak yang masak untuk depa - "terikat" je si suami kat depa. Malah bukan main cinta lagi kat bini.

Sebab ketiga aku tak percaya, aku percaya yang membahagiakan si suami adalah si isteri yang bahagia. Jadi kalau si isteri asyik penat memasak, bekeng 24 jam, tak semestinya si suami tertambat.

Sebab keempat, aku tengok ada gak bini2 yang kaki masak 5 kali sehari untuk suami, tapi kena tinggal gak. So aku lagila persoalkan kesahihan teori ni.

Sebab kelima dan yang paling utama, of coursela aku tak percaya sebab aku sendiri memang tak pandai masak pun. So, untuk sedapkan hati dari takut laki lari, aku pun kononnya tak percayalah.

Sampailah aku ditakdirkan berkahwin. Memang time tu, aku nak test jugak - "betuikah nak ikat suami melalui perutnya?". kalau aku jamu nasik ngan telur kicap (telur goreng buh kicap je) hari2, adakah cintanya akan beralih arah ke kedai mamak?

Tapi kes aku susah jugak nak dijadikan kes studi. Sebab suamiku tak pernah expect aku memasak. Dia takdala pulak masak untuk aku tapi dia sering bertanya hari2, "nak makan apa kie, abang belikan".

Masa awal2 berkahwin tu, aku macam balog liat jugak. Kalau boleh hari2 nak mintak suami belikan lauk. Time mengandung paling best, boleh rilek je...hehehe...ish-ish...tak baiknya aku.

Sampailah masanya anak aku berusia setahun lebih, dan mula memakan nasik. Of courselah kebiasaan hati seorang ibu, pasti sanggup memasak apa saja kegemaran si anak. So berlakulah episod belajar memasak dari taktau masak dan memborong buku2 chef hanieliza beserta rempah2 instant adabi.

Aku try macam2 masakan. Dari sambal, sup, panggang, berkuah, bergoreng blabla...Of courselah sudah sinonim kepada orang yang baru belajar memasak, ayam masak kicap menyerupai ayam hangus, kerutuk telur berubah wajah menjadi kurma telur, nasik beriyani terjadi masakan special, iaitu - bubur beriyani.

Tapi aku pelik dengan suamiku. Alhamdulillah, tidak pernah complain. telur goreng  bercampur cengkerang telur pun dia balun je untuk sahur. Nasik lembik pun seleraje dia makan siap buh kuah lagi.

So......

Benarkah mengikat suami melalui perutnya?

Sebelum ku jawab, biarlah aku nukilan kan episod terkini. Aidilfitri tahun ni, kira aku sudah lulus lah untuk memasak untuk kenduri kendara. Dah tak gerun dah untuk panaskan minyak, tumis, jirus santan dalam kawah besar untuk buat rendang. Dah tak gerun menjadi tukang masak solo. yes, solo. Solo bermaksud, kalau tak sedap, semua orang sakit perut, siaplah nkau nak menjawab.

Aku tak la kata aku pandai memasak, tapi suamiku macam suka masakan ku. Alhamdulillah. kalau aku penat dia akan tapau, tapi aku dapat rasakan dia macam happy semacam kalau nampak ada ayam ke, daging ke yang dah dikeluarkan dari peti sejuk. Hari-hari dia tanya, "masak apa hari ni, yang?"

Ramadhan tahun ni, boleh dikatakan hari2 aku masak untuk keluarga. Aku kira selera suami dan keluargaku sudah sebati dengan rencah air tanganku, walau pahit manapun masakanku.

Besok, aku akan berpisah sekejap dengan suami untuk menjaga ibu di kampung halaman yang tidak sihat. Suami aku ada kata, dia akan sangat merindui ku. So, aku terfikirlah balik, adakah sebab hari2 dia bangun breakfast dah terhidang di atas meja?

Hmmm... susah nak menjawab. Sebab, ada jugak hari2 aku bangun roti canai dah tercangak kat atas meja.

apa yang boleh aku simpulkan, masakan si isteri tidaklah semestinya mengikat suami, tetapi menambat kerinduan si suami. Masakan tidak, hari2 asap bekepui di dapur, aroma tumisan menghuni se pelusuk rumah, air teh panas siap terhidang menyambut keletihan suami. tiba2, kena mengadap mi goreng sejuk di balik bungkusan surat khabar.... cuba bayangkan kita di tempat suami..sure rindu si isteri kan?

Jawapannya, janganlah berniat memasak untuk mengikat suami. Masaklah dari hati yang kasihan melihat suami dan anak2 nak kena makan bungkus lagi. Yang paling penting, masaklah untuk mengikat diri kita dengan masakan kita. Sebab bila kita happy memasak, akan terpancar kepuasan yang menjadi penyejuk hati suami.

Yang mengikat suami sebenarnya, ialah kasih sayang kita - yang salah satunya dizahirkan melalui rencah air tangan kita. Wallahua'lam.

Thursday, 28 June 2012

Marah vs Tanggungjawab

Salam ukhuwah saudara-saudara ku,

Bertemu kita sekali lagi dalam blog ini. Hari ini, saya akan membicarakan, atau dalam perkataan lain, mengomen tentang budaya "menyalahkan orang lain" yang ada pada setengah2 orang. InsyaAllah, saya cuba untuk mengikis perangai ini jika ada pada dalam diri saya. Dan Alhamdulillah, saya tidak hidup di kalangan orang2 yang macam ini. Dah tentu sukar hidup jika hari2 asyik dipersalahkan.

Menyalahkan orang lain....atau dalam bahasa klasiknya "menuding jari" atau dalam bahasa mat sallehnya, "blaming"....





Bila saya berjalan membawa anak2 di taman, atau membeli belah di Tesco atau menonton drama2 Jumaat malam, hati saya tersentak dan agak 'sakit' bila melihat seseorang yang suka menuding jari ni untuk serba serbi tak kena dalam hidupnya. Berikut adalah yang paling lazim kita dengar,


"Abang ni balik la kerja cepat sikit, saya bosan tau duduk rumah", kata si isteri, menyalahkan suaminya.
"Ha itulah awak saya boroi ni pun sebab awakla", kata si suami menyalahkan masakan si isteri.
"Ha itula awak bekeras sangat dengan anak2", kata si suami kepada isteri lagi
"Ha itula awak manjakan sangat budak tu". balas si isteri
"Ha itula mak ayah, asyik gaduh ja"..sambut si anak.


Ramai antara kita berpendapat dengan menyalahkan orang lain, kita boleh meringankan sakit atau tekanan yang dihadapi dalam sesuatu perkara. Contohnya, bila anak kecil kita menghempaskan henfon baru kita. Apakah perasaan kita waktu itu? Jawapannya mudah saja. B-E-N-G-A-N-G. Saya pelikla, bila benda ini berlaku kadang-kadang akan ada adegan mencubit anak. Adakah dengan mencubit anak, sakit hati kita akan berkurang? Sedangkan perbuatan in boleh menyebabkan hati kita lagi sakit. Sudahlah henfon terhempas, kena tengok pulak si kecil menangis kesakitan. Tambah pulak, kita nanti akan menyalahkan diri sendiri sebab gagal mengawal marah. Sememangnya bukan jalan penyelesaian terbaik.

Marah itu adalah perasaan semula jadi. Tidak perlu marah kepada diri sendiri kerana memiliki sifat marah. Tetapi marah itu menjadi bisa apabila kita gagal mengawal marah. Kegagalan mengawal marah dimanifestasikan dengan menyalahkan orang lain.


Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.


 Kita boleh mengawal marah dengan mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan memimpin marah kita. Contohnya, dah tau anak kaki hempas henfon, ha, letakla lagi merata-rata (skrip laki aku). Kita boleh ikhtiar sebaik mungkin untuk melindungi henfon kita. Yang keduanya, jika kita marah, layanla sorang2. Jangan melibatkan orang lain pulak. Contohnya, bila marah, masukla bilik sorang2. Tumbuk bantal lagi baik dari tumbuk muka orang. Takpun, istigfar, and cubalah hiburkan diri sendiri. Apa gunanya game Angry Bird tu...

Nabi SAW bersabda maksudnya :
”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” (HR Ahmad & Abu Daud)
Orang yang kuat ialah orang yang boleh mengawal marahnya. Dia adalah lelaki yang tidak berkata kepada anaknya, "Eh kurang ajar kau ye!", tapi seorang hamba yang berkata kepada anaknya "Eh kurang ku ajar kau ye!".


Ganjaran menahan marah adalah sangat indah. Hilangnya marah, bergantilah sifat sabar. Dan tiada yang lebih indah dari menjadi orang yang sabar. Terasa macam heroin-heroin sinetron yang suka kita tengok tu la.
Nabi SAW bersabda maksudnya:
“Seorang hamba yang menahan marah kerana Allah Ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dengan keamanan dan keimanan”. (HR Abu Daud)
 Itulah serba sikit komen-komen ku tentang orang yang suka menuding jari ni. Diharap kita semua dilindungi dari menjadi orang2 seperti ini. Paling penting, kita tidak menjadi orang yang lebih teruk dari orang yang suka menuding jari...


...Iaitu orang yang bukan saja suka menyalahkan orang lain, tetapi suka menyalahkan televisyen bila hero mati ke, kalah bola ke, or takde signalke...

Nau'dzubillah. 












Friday, 22 June 2012

Tudung labuh serata dunia

Saya terdetik untuk menulis post ini setelah melihat lagi keindahan wanita-wanita bertudung labuh di dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. Syabas kepada Habiburahman kerana menerbit bersama sebuat filem yang meledakkan fesyen tudung Oki Setiana Dewi aka tudung labuh ni. InsyaAllah, ulasan filem tersebut akan saya kemukakan di post akan datang.

Di serata dunia, muslimah2 paling anggun bertudung labuh. InsyaAllah, saya cuba menampilkan contoh dari setiap benua. Harap dapat beri manfaat.

1. Pakistani Shawl




2. Bangladeshi hijab



3. Iranian Chador



4. Indian Chador





5. Asian long hijab



6. Chinese Amira




7. Western Khimar


8. Western Amira



9. The Gulf Khimar



10. More Khimar



11. Jilbab Indonesia



12. Tudung labuh Malaysia



Jika dapat dilihat, tudung labuh, walau di mana ceruk dunia sekali pun, amat mementingkan sifat malu kaum wanita, dan inilah dikatakan hijab sebenar. Ayuh, marilah kita bersama-sama memartabatkan diri sebagai muslimah yang indah, luaran dan pekerti. InsyaAllah.

Saturday, 26 May 2012

Hadiah perkahwinan untuk sahabat

Maaf kerana sekian lama tidak mengupdate blog yang tak glamour ni..dan saya tak akan memberikan alasan cliche blogger-blogger iaitu 'busy'. Sebab pada saya (ikut pada pengalaman sendiri), blogger yang "mati" bukannya busy manapun. Dalam kes aku ni, rasa macam..erm..adake orang nak baca..benda ni yang buat aku stuck.

Hari ini adalah hari antara hari yang paling bersejarah dalam hidupku. Sahabatku Wan Aznawati Jaafar atau lebih dikenali dgn nama komersialnya Wan Anisah Chang atau Wan Kuntum Nona Manis di Facebook, akan melansungkan pernikahannya dengan si jejaka yang kukira cukup bertuah (dan cukup berani,...hahaha...jangan marah Cik Wan). Cukup popular Cik Wan ni sehingga saya kira kalau dia buat fan page sendiri pun mesti ramai yang "Like" sampai Schawal pun aku rasa akan tertanya-tanya, artis mana plak yang kawin ni.

 (dalam gambag: yang pengantin tu bukan Cik Wan ye)

Semalam aku dengan suami tersayang pergi ke Jusco membeli hadiah untuk bakal pengantin. Kepada Cik Wan ku, maaflah jika bila hang bukak hadiah ni, hang terpikiag, "La...yang 'ni' lagi". Kalau ikutkan, nak bagi periuk, tapi Jusco yang tak reti nak balut periuk tu.Tapi yang bestnya  jusco telah membalut hadiah kawen tu dengan cara ku kira agak kreatif jugak.

Pagi ni sebelum bertolak ke Taiping, aku pun memulakan aktiviti biasa bakal tetamu pengantin buat, iaitu, menulis kad ucapan. Kad ucapan? huh, agak boring. aku ingat nak buat yang lagi boring - ambik pen tulis atas kertas je. Kalau rajin sikit aku print.

Apa yang hendak ku tulis ya?

"Semoga berbahagia ke anak cucu" - Simple sangat. Dan agak macam ada pesimis dalam optimis. Sebenarnya apa yang dimaksudkan ialah, - semoga berbahagia selalu. tapi semoga jela. tak bahagia sekali sekala tu asam garam rumahtangga. fuh, sib baik aku tak tulis ni.

"Selamat mengakhiri zaman bujang" - Pedaslak bunyi.

Ni yang paling lazim ditulis oleh si bini-bini yang kaki bekeng:

"Selamat menempuh alam rumah tangga"

Dan ni yang paling cliche aku dengar dari artis2 di wedding para artis la..
"Semoga KEKAL sehingga ke anak cucu" - Linda Onn
"I see them going a LONG way" - Sazzy Falak
"Diharap kekal hendaknya" - Shiela Amzah

Aku tak kata ucapan2 berkenaan tak baik. Cuma adalah lebih baik kita berfikiran positif dan mengucapkan yang baik2. Contohnya, bila berjumpa dengan teman yang sudah bertunang, agak kurang asam jugak jika kita tak pasal2 tanya, "eh, kau ngan dia camna sekarang?" walaupun niat kita baik. Adalah lebih baik kita cakap, "Eh, tak sabarnya nak gi wedding kau".

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya (Riwayat Bukhori dan Muslim)


Last2, aku decide tulis sesuatu yang lahir tulus ikhlas dari hatiku.








Ok, sekian saja update. Tak sabag nih nak gi wedding kat Taiping. Thanks for keeping up with the Kikie Jahn.

Saturday, 4 February 2012

Kenapa aku jadi ibu tiri (episod satu)


Aku masih ingat, sejak kecil lagi aku disajikan dengan cerita Cinderella. Cerita tersebut adalah keluaran Walt Disney pada tahun 1950. Ia mengisarkan tentang seorang anak tiri yang tersangatlah cantik dan tersangatlah baik. Namun, angkara cemburu, dia didera secara mental dan fizikal oleh ibu tiri dan kakak-kakak tirinya setelah ayahnya meninggal dunia. Dalam erti kata lain, dia dilayan seperti orang gaji di rumah sendiri dan sering diberitahu bahawa dia tidak layak menemui cinta dan kebahagiaan. 



Aku masih ingat lagi, aku (bukan aku sahaja, tetapi rasanya semua kanak-kanak sebayaku yang menonton Cinderella waktu itu) berasa sangat marah pada si ibu tiri Cinderella. Rasanya, semua penonton waktu itu merasakan babak paling seronok dalam cerita tersebut adalah ketika anjing Cinderella menolak kucing si ibu tiri keluar dari tingkap dan ketika si ibu tiri tercengang terlopong apabila Cinderella dapat memakai kasut kaca sebagai syarat mengahwini sang putera raja.

Itu cerita zaman kanak-kanakku.

Pabila usiaku meningkat remaja, aku disajikan pula dengan sinetron-sinetron Indonesia yang berkisar tentang karakter si ibu tiri yang sungguh dengki dan tamakkan harta. Si anak tiri pula dianiaya satu demi satu episod. Aku menjadi begitu geram dengan si mak tiri tapi kugagahkan juga menonton hingga ke penghujung episod hanya kerana satu matlamat – ingin melihat si ibu tiri kecundang akhirnya.


Seronok apabila melihat insan yang berhati busuk menerima balasan, walaupun sudah kujangka…si ibu tiri pasti menjadi gila dan tak keruan akhirnya.

Itu cerita zaman remajaku.

Pabila usiaku meningkat dewasa, aku disajikan pula dengan cerita-cerita yang lebih pelik. Al-kisah kebahagiaan si anak sering disabotaj oleh ibunya sendiri, terutamanya dalam bab-bab memilih pasangan hidup ini. Lazimnya, cerita sebegini pasti ada plot-plot di mana si ibu cuba memisahkan si anak dengan kekasihnya, sehingga berlaku adegan tiga-IS itu (romantis, tragis, menangis). Si anak akhirnya pasrah dan menyerah atas nama ketaatan pada seorang ibu. Namun akhirnya, dia bangkit membela diri apabila mendapat tahu kebenaran yang sangat sukar – si ibu bukanlah ibu kandung tetapi ibu tirinya yang banyak muslihat.

Ya, ibu tiri. Yang jahat pastinya ibu tiri.

Bukan ibu angkat, bukan ibu saudara, bukan ibu tumpang, bukan ibu ayam. Tetapi IBU TIRI.

Semua orang membenci ibu tiri, termasuk diriku.

Aku tidak tahu ketika itu, yang suatu hari nanti, aku sendiri yang akan bergelar ibu tiri kepada dua orang kanak-kanak. 

NEXT: KENAPA IBU TIRI DIKATAKAN KEJAM

Wednesday, 25 January 2012

Kenapa kita jadi ibu?

Kenapa ya Allah S.W.T yang Maha Pengasih dan Penyayang menjadikan kita seorang ibu?

Kerana sewaktu kita single, apa yang kita hiraukan hanyalah diri kita.


Bila kita bangun pagi, kita fikir baju apa 'kita' nak pakai, kita siapkan diri kita.

Bila lapar, kita beli nasi sebungkus dengan lauk kegemaran kita di kantin kampus.





Yes, that's all that matters.

Tapi menjadi ibulah yang menjadikan kita manusia.

Bila bangun pagi, kita siapkan orang lain dulu.

Bila kita lapar, kita suap orang lain dulu.





Apa yang kita mahukan ialah kebahagiaan orang lain..




Kita menjadi ibu kerana Allah S.W.T mahu kita merasai nikmat berkasih sayang...


Surah Ar-Rum, ayat 21 -
"dan dijadikanNya antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”

NEXT: Kenapa aku jadi ibu tiri?


Tuesday, 24 January 2012

Anak yang membawa ketenangan...

Hari ini hari kurniaan Allah yang sangat membahagiakan. Subhanallah.

Pertama, rencana sulungku telah diterbitkan di majalah kegemaranku, Solusi.

Kedua, rakanku fairuz mengimbau kembali detik dia berjumpa ku di update status facebooknya melalui blognya anafyruz.blogspot. hmm...rasa benar-benar dihargai. Thanks, Fairuz.

Yang ketiga, aku terlihat satu insiden yang sangat kutunggu-tunggu. Alkisah, anak daraku satu ketika dulu, agak susah juga untuk kutarbiahkan bab hijab sebenar ni. Al-maklumla, budak-budak zaman sekarang.....pesyen Yuna la, Hana Tajima la....So, last-last bapak dia hantar gi sekolah agama asrama penuh.

Masa mula-mula dia kena pakai tudung labuh, dia macam tersiksa betul. Dia cakap, "panas mama, panas!"...aku hanya tersenyumla (abih tu nak buat apa lagi?). Pastu dia cakap, "huh, no wayla I am gonna wear tudung labuh!"....masa tu aku tersenyum plus berdoa! So, aku pun tak harapla dia berhijrah, sebab hati manusia ni kuasa Allah kan.

Tapi tadi masa aku keluar dari bilik nak buat susu babyku, aku terlihat dia pakai tudung labuh hitam sekolahnya dan macam berposing posing plak depan cermin besar ruang tamuku dan tersenyum-senyum gitu.(Dia sedang bercuti raya cina selama seminggu di rumah). Aku pun pelik kenapa dia pakai tudung dalam rumah...tapi hatiku tersentuh penuh kesyukuran, bila dia menjawab (tanpa aku perlu bertanya),

"Rindula nak pakai ni!".

Allahuakbar! 



Friday, 20 January 2012

Hijabista vs Tudung labuh: They say

They, (atau ahli-ahli ilmuan, cendiakiawan) yang dimaksudkan dalam blog ini, macam bersetuju je dengan leteran mak kita.

Kata kolumnis tetap majalah Solusi, Saudari Fatimah Syahra, (copied from http://husnajamil.blogspot.com/2011/11/tudung-labuh.html


"Bagi akak, orang yang konsisten bertudung labuh kerana dia bertudung labuh dengan kefahaman. Iaitu dia berasa perlu bertudung labuh apatah lagi dalam konteks pakaian wanita di Malaysia yang berkain ringan dan lembut. Dia juga mengalami pengalaman-pengalaman hidup yang membuatkan dia berasa tudung labuh istimewa.

Bagi orang yang tidak konsisten bertudung labuh, mungkin dia dalam proses berjinak-jinak dengan tudung labuh. Dia belum sampai merasai tudung labuh benar-benar istimewa buatnya. Hormatilah pilihannya kerana dia melakukan sesuatu yang masih dalam batasan harus, bukannya membuka aurat.Memperlecehkan mereka ibarat tidak membenarkan mereka berhijrah perlahan-lahan mengenal kebaikan. (Tapi akak yakin adik Aufa bukan seseorang yang suka memperlecehkan).


Bagi yang bertudung tidak labuh pula, mereka melakukan sesuatu yang masih dalam batasan harus. Hormatilah pilihannya. Cuma, bagi akak, dengan pakaian wanita Malaysia yang ringan dan lembut ini, bertudung labuh lebih berpotensi besar untuk menutup potongan bentuk badan berbanding tudung tidak labuh. Maka, jika bersedia, bolehlah menutup dengan lebih sempurna.Sama-sama saling menghormati, saling menasihati, saling berbaik sangka dan saling mendoakan agar kita menjadi lebih baik di sisi Tuhan. Rasulullah SAW mendidik hingga satu generasinya (generasi sahabat) masuk ke syurga. Begitulah yang kita impikan pada generasi kita, biar satu generasi sama-sama layak ke syurga."


Kata Asra Q. Nomani, pemerhati fesyen hijabi,
“adalah amat pelik pakaian yang sepatutnya mencerminkan sifat malu menonjolkan nama pereka-pereka fesyen yang kebanyakannya terkenal dengan seksualiti dan sifat tidak tahu malu”.

Dua penyelidik fesyen hijabi dari Turkey, Ozlem Sandikci dan Guliz Ger pula merumuskan, 
“tudung tidak berfungsi menyembunyikan rambut, tetapi menggantikan rambut”. 

Makluman lanjut dari kajian-kajian ke atas hijabista di atas boleh diperolehi di link article di bawah ye wahai teman-temanku.



http://www.scribd.com/doc/79013678/FENOMENA-HIJABISTA

Hijabista vs Tudung Labuh: She says

She, atau dalam blog ini, bermaksud, mak kandungku atau mak mertuaku, atau penjaga-penjagaku yang benar-benar berpengalaman melalui asam garam dunia ini, berkata, (A wise womanla say la maksudnya)

Kata mamaku,
"Cik nak pakai lawa-lawa ni nak tunjuk kat sapa? Kalau budak laki ikut cik, cik marah pulak kan"


Kata ibu mertua bila terlihat satu pertunjukkan fesyen di TV,
"Orang yang hidup begini, duit yang ada memang tak pernah cukup"

Hmm....itulah kata orang-orang tua. Apakah benar kata-kata mereka? Kita lihat pulak pandangan ahli falsafah berkenaan isu-isu berpesyen-pesyen tudung ni...



NEXT: Hijabista vs Tudung labuh: They say


Perasaan memakai tudung labuh aka tudung bulat

So besok tu aku pun pegila kedai tudung labuh An-Nur dekat Gombak tu. Aku beli tudung labuh cream sebelah pagi pastu petang tu aku nak keluar ke The Mines dengan family laki aku.

Nilah perasaan dia bila memakai tudung labuh bulat...

- rasa bila keluar dengan kawan ke, ngan famili ke, kita memang niat hendak berbuat baik, menggembirakan kaum kerabat sahabat handal. Kita dah lupa tentang diri kita. Berbeza dengan bila kita bersolek dan bergaya, kita rasa cam "oh dunia, lihatlah aku!". Dua-dua perasaan memang best, tapi perasaan bila pakai tudung bulat lagi best lah senang crita.

- rasa malu satu macam. memang lah kita pompuan sentiasa malu. tapi bila bertudung bulat ni rasa lagi malu. rasa nak cakap pun taknak kuat. nak ketawa pun kena agak-agakle.

- rasa tenang. ntahla dari mana datang perasaan ni. memang cool je.

- tak panas lansung. malah senang nak bagi susu baby.

- rasa terlindung. ok tahukah anda apa erti hijab sebenar? contohnya, katakan anda sedang memasak di dapur yang ada tingkap. anda pakai baju kelawar lengan pendek paras lutut. tiba-tiba, terdengar suara posmen poslaju minta salam sebab nak mintak sign. apa yang akan anda lakukan? memakai shawl dan bermekapke? (astagfirllah)...TIDAK BUKAN? saya pasti dalam kelam kabut tu anda akan mencapai kain langsirke, kain tuala besarke, kain selimutke untuk selubungkan diri sebab nak kena bersemuka dengan pakcik posmen sebab nak sign...apa perasaan anda ketika itu? "fuh, sib baik tak nampak. tidak malu aku!". Hah, itulah perasaan bila kita benar-benar terhijab. Bila kita keluar rumah rasa hendak bermegah-megah dan berbangga-bangga, maka kita perlu semak semula samada diri kita benar-benar terhijab!

- rasa berharga. Susah saya nak gambarkan perasaan ni. terasa kerana diriku begitu berharga, bak kata iklan loreal.

- rasa seperti seorang wanita.

- yang paling penting, rasa happy sebab kemana-mana ku pergi, wanita-wanita tudung labuh akan senyum padaku. aku berjumpa kawan-kawan yang baik di mana-mana saja yang kena waiting cam klinik ibu anak ke,bank ke.


So dari pengalaman aku, bertudung labuh ni memang best. Alhamdulillah, aku dah pun ada beberapa pasang dan anak pompuanku dah dapat ku lihat memakai tudung labuh. Tudung labuh seumpama komitmen yang kita genggam kuat untuk berusaha sebaik mungkin meningkatkan ketakwaan kita. Bukan bila ketakwaan meningkat baru berani bertudung labuh. Apalagi..cubalah!



Copied from http://www.patheos.com/blogs/mmw/

Next: Hijabista vs Tudung Labuh: She says







Camna akhirnya aku bertudung labuh

Tapi ntah kenapa satu hari macam ada rasa kuat nak try tudung labuh. Time tu, aku duk sibuk membaca dan mendalami tentang cara nak bercinta dengan Allah. Duk baca magazine Solusilah, blog-blog muslimah pasal betapa bestnya mencintai Allah S.W.T sepenuh jiwa tanpa menyukutukanNya dengan sesiapa pun, rasa macam aku pun nak merasainya jugak. Sebab aku tengok ada satu macam ketenangan pada wajah-wajah si pemakai tudung labuh. So, aku terfikir,
       "aku tidak perlu berilmu untuk memilih tudung labuh. Tapi aku ingin bertudung labuh sebab aku ingin mencari ilmu".

So aku pun tryla "melabuhkan" tudung (bukan pakai tudung labuh lagi tau). tudung bawal aku tu aku lipat in such way so that dia labuh la. Masa first time aku tengok cermin tu, aku macam rasa...
er.... rasa biasaje...so aku tak konsistenla. Besok tu aku pegi pasar, aku pakai tudung ariani aku je.
tapi ada this one day, aku tengah bersiap-siap dengan anak dara aku, laki aku cakap,
          "bila bertudung, kita fikir apa yang Allah suka, bukan apa manusia suka"
Nasihat tulah yang terus buat aku ambil keputusan untuk pakai tudung labuh!


Copy paste from: http://alongyah.multiply.com/journal/item/59 

 Next: Perasaan memakai tudung labuh aka tudung bulat






Monday, 16 January 2012

Hijab tutorial: hijab yang sesuai untuk kita?

Assalammua'laikum dear sahabiah.

Ada dua episod dalam hidupku yang aku ingati. Yang pertama, aku pernah sewaktu dulu menjadi fashionista dan bertudung 'cincai-cincai' je sebab, mm...dah semua budak-budak sekolah aku pakai tudung, aku pun pakaila tudung. Masa tu, memang gila tudung. habis semua jenis tudung aku try kononnya nak matchla dengan t-shirt dan jeans aku.  Macam best sangat boleh try macam-macam gayala. And yang paling best, boleh terasa bergaya, cantik, anggun dan menawan. Kena plak dengan mekap & kasut tumit tinggiku...peh, rasa ayu, tapi moden gitu...




Yang kedua, aku pernah tergerak untuk bertudung labuh. Bukanlah nak lagak alimke..ntahlah, feeling tu datang dengan tiba-tiba selepas ramadhan tahun 2009. Aku terus-terang, masa tu niat aku bukanlah lurus sangatpun (mungkin sebab tu kut niat tinggal niat). Al-kisah waktu tu usia ku dah hampir menjangkau 30 tahun. Tapi jodoh belum kutemu. Panik jugak. Yang duk tackle-tackle kita semua takleh pakai. Mungkin tertarik dengan luaran kita saja kut. Al-maklumla, kitakan hijabista, fashionista stylo semata...jadi banyakla mamat-mamat yang main mata! Astagfirllah..jahil sungguh aku waktu tu. Jadi pasrah punya pasrah, aku cakap kat kakak aku, "kie nak pakai tudung labuhla, kalau itu yang lelaki beriman mahukan". Of coursela time tu, kakak aku gelak besar ja.

Tapi tudung labuh tak gak aku pakai. Ntahlah..nak pakai tudung labuh ni, macam ada HUGE risk rasanya. Rasanya, inilah perasaan hijabista-hijabista yang ada bila disuruh pakai tudung labuh. Aku rasanya alasan yang paling lazim diberikan,
          "aku takutla bila aku pakai kang aku tetiba aku pakai tudung pendek nanti apapulak orang kata? kalau nak pakai biar pakai terus"
ni satu lagi yang common kita dengar,
          "hish...tudung labuh cam banyak ilmu plak..aku ni cetek ilmu. taknak plak jadi hipokrit".

dan inilah yang paling-paling sering kita dengar,
          "tak sampai seru lagilah"

Hah, itulah sebab/alasan yang sering kita dengar. Nak dipendekkan cerita, aku pun dengan kuasa Allah S.W.T bertemu jodoh pada tahun 2010 dengan seorang lelaki yang berkawan dengan kalangan ustaz-ustaz jugaklah, semasa aku bertudung bawal. Suami ku ini, jika dilihat sekali imbas, sudah tentu orang terfikir gadis bertudung labuhlah pilihannya. Tapi mungkin dah rezeki aku, kami bertemu jodoh. Senang crita, pilihan keluargalah.

Dalam tahun pertama kami berkahwin tu, adalah dua tiga kali dia ajak aku bertudung labuh. Dia tak pernah mendesak. Nasihatnya penuh berhemah. Tapi aku ni memang ada sindrom degil sikit...rasa macam, "fuh, tudung labuh...berat ni. aku ni "gila-gila" jugak.macam tak sesuai je. nanti bolehka aku "blend-in" dengan masyarakat"...aku macam tak faham kenapa kita perlu bertudung labuh.

So aku pun teruslah dengan gaya stylo tudung fashionistaku. Yang bestnya, laki aku ni tak penahlah merejek aku walaupun aku tak pakai tudung labuh..mungkin dalam diam, dia berdoa kut, bagilah bini dia ni dapat hidayah...

NEXT: Camna akhirnya aku bertudung labuh



















This is how I begin.

I love to write about my research. They make my day!
And I love to share what I have found from my research, and not the kind of "boring-journalistic-heavy" ways like those academic pieces we were forced to read during colleges years..
My studies are typical, but I would love to share them in atypical ways.
This is what this blog is about. A trash of my pieces that I have worked with so much love!
This blog is about celebrating a Muslim woman like you, in a no-nonsence yet engaging ways!
I love to write and research stuff (on my own or by request) about current issues that hit Muslim  woman like us nowadays..
But not just any plain stuff..
And no, not another typical blog that preaches about muslim clothing, manners, roles....etc-etc... We have hundreds of them in I guess in multiple languages.
I seek to portray the beauty of Islamic principles pertaining to Muslim women by way that I thought most credible, interesting yet exciting!
It is by way of RESEARCH PIECES.
So sisters, I can't wait to upload  my interesting findings. Do wait for my maiden post soon!
Coming up: Hijab tutorial: The right hijab for you?