Wednesday, 10 April 2013

Bila lauk nasik dicuit, ia terasa lebih sedap.

Aku ingin mengaku, dan jauh sekali ingin besar diri. Tapi aku dibesarkan dari keluarga yang kira well-to-do jugakla..jenis speaking-speaking tu. And kononnya dulu aku fikir aku high standard sangatla...bekawan pulak dengan kawan2 yang speaking2 gitu.

Menjejaki luar bandar jauh sekali. bila mak aku buat roast chicken, setiap ahli keluarga akan dapat the whole leg sekali ngan thigh tu. Tidur dengan kenyang. Aku tidak kenal erti kesusahan.

Masuk dapur jauh sekali. Kemas katil lagi la out. Dekat universiti satu bakul aku dobi tak kira luar dalam. Al-maklum, sudah biasa ada bibik di rumah.

Sehinggalah Allah pertemukan aku dengan suami ku yang membawa ku tinggal di kampung rumah mertua.

Hidupku berubah sekelip mata. tiada lagi attached bathroom. Kena sangkut tuala di kepala dan berjalan turun tangga ke tandas walaupun jam 2.30 pagi. Pada awal perkahwinan, agak memberontak juga jiwa ini. Teringat pavilionla, klcc la, namun bila sedar, aku di sebuah perkampungan yang dihuni kokokan ayam. Hendak sidai baju kena hati2 takut terpijak taik kucing atau ayam.

Nak dipendekkan cerita, hari berganti hari, bulan berganti bulan...aku sudah biasa membuat kerja2 kotor, membuang lauk basi, mencuci punggung anak, membasuh dapur. Aku sudah biasa dan rasa tenang dengan gelagat anak2 kampung yang berlari sana sini di depan rumah. Aku sudah biasa masak dua ketul ayam untuk tiga orang makan.

Sebab sudah menjadi tradisi di kampung, lauk ayam dicuit, bukan diambil seketul dan diletak di atas pinggan makan.

Kalau orang bandar, sudah tentu dia 'geli'. "Eee... dont touch that food!..dirty la nanti".

Dirty? Saya ingin beritahu Puan Seri, "dirty' food yang dicuit dan dikongsi beramai-ramai ni la yang lagi sedap. Separuh ketul saja sudah memadai untuk kenyangkan perut.

Hidup saya di kampung memanglah lagi susah. tapi sangat bahagia. Bahagia kerana saya belajar erti kemanusian. erti bertegur sapa. erti bergotong royong.

Saya sentiasa berdoa agar jodoh saya dengan suami kekal sampai saya mati, sebab kalau bukan kerana dia, saya taktau dari mana saya boleh belajar tentang KEMANUSIAAN. 

Disebabkan itulah, saya mahu anak saya lalui kesusahan seperti saya. Dia perlu turun padang jika ada gotong royong. Dia perlu buang sampah bila dah 5 tahun. Sama sekali tidak saya akan mandikan dia dengan kemewahan dan kesenangan.

Rasulullah SAW merupakan anak yatim piatu dan pengembala kambing.

Kadang2, kesusahan itu yang membentuk seorang manusia.

Wallahua'lam.



Tuesday, 19 February 2013

Hakikat sebuah ujian

Assalamua'laikum para pembaca yang dihormati,

Sekali lagi minda kita bertemu di blog saya yang sederhana ini.

Lewat2 ini, saya selalu terbaca status fb berkisar tentang ujian hidup. Alhamdulillah, rakan2 saya semuanya sudah maklum tentang hikmah ujian yang diberikan Allah SWT.

Ujian boleh jadi ujian kecil atau ujian berat, dan kadang2 ujian yang kecil pun boleh jadi berat, dan ada pula manusia melihat ujian yang berat sebagai ujian yang kecil.

Contohnya Bilal bin Rabah yang sentiasa tenang walaupun disiksa dahulu.

Zaman sekarang kita jarang diduga oleh ujian fizikal, tetapi lebih kepada ujian emosi & mental. Boleh jadi rumah kita kena rompak, beg kita kena ragut, anak kita kurang ajar, suami tidak bagi perhatian, bos pulak asyik maki bla bla bla..

Dan kita pun menulis di status fb,..."sabarlah wahai hati dengan ujian. Ada hikmah di sebaliknya"...dan kehadiran beberapa 'LIKE' dan komen seakan-akan panadol yang membiuskan kesakitan itu buat sementara waktu. 

Namun hati kecil kita tidak bisa berbohong. Kita perlukan Ya Rahman. Kita buntu. Tidak tahu apa nak dibuat.

Kita tahu Allah sedang menguji kita. Kita tahu firmanNya itu. Tetapi kenapakah hati ini semacam sukar untuk bersabar, bertawakal dan redha, seolah-olah cahaya hidayah tidak bisa menembusi dan kita keliru memikirkan di mana silapnya.

Lalu kita terus berdoa dan terus berdoa menantikan sebuah destinasi yang bernama KETENANGAN dan PENYELESAIAN.

Namun ia tidak kunjung juga. Kesabaran yang dipinta dalam berhadapan situasi getir akhirnya digagali dengan sifat hilang sabar. Kita pasrah. "Ah, gagal aku dengan ujian Allah".





Persoalannya, gagalkah kita?

Saya bukanlah ustazah, tapi saya melihat perkara ini dalam beberapa sudut.

Pertama, kita tidak gagal. Malah kita telah berjaya sampai kepada destinasi. Destinasi kita sebenarnya adalah rasa sebuah kehambaan, pengharapan kita yang dizahirkan dalam doa-doa yang berterusan.

Tanpa ujian, kita tidak mungkin beringat yang kita ini seorang HAMBA.

Kedua, kita tidak gagal. Kekalahan dalam ujian, contohnya, marah dan hilang sabar, mengingatkan kita tentang kelemahan kita, justeru, kita tidak berasa "baik" dan sempurna. Datangnya hari yang sempurna, kita akan sedar yang kita ni bukanlah baik sangat pun. Justeru terpeliharanya kita, insyaAllah dari sifat takbur dan riyak, sum'ah, ujub dan bermacam-macam lagi.

Ketiga, ujian adalah peluang untuk berkenalan dengan Rasulullah SAW. Bila kita sedang berhadapan dengan saat genting, kita mula google, atau membaca perihal cara Rasulullah SAW menangani situasi serupa kita. Tanpa ujian, kita lupa, yang banyak lagi kita perlu pelajari tentang syamail kekasih Allah itu. InsyaAllah, hadirnya perkenalan, akan timbullah bibit cinta terhadap Baginda.


Sekian, post yang ringkas ini.

Dari hamba yang masih mempelajari,
Kikie

Saturday, 26 January 2013

Apa yang aku belajar tentang jodoh dan penjodohan (PART 1)

Sekali imbas, bunyi post ni macam aku nak bagi ceramah perdana tentang hal ehwal jodoh, mencari jodoh, teknik mencari jodoh dan penjodohan.

Ya, memangpun.

Tapi aku menulis post ini lebih bertujuan untuk berkongsi nasihat yang aku rasa aku patut berikan kepada DIRIKU sewaktu aku mencari jodoh dulu. Aku tak kata dengan mengikut tips2 ini, jodoh anda akan sampai dengan "lebih segera". Cuma apa yang dikongsi ini diharap dapat membuang 50 percent dari ketensyenan menunggu ketibaan jodoh itu. InsyaAllah.

Dan InsyaAllah, bila kita kurang tensyen, kita akan nampak lebih kiut & 'menarik' gitu..

Tanpa segan silu, aku mulai dengan penuh terus terang kepada rakyat jelata, demi kebaikan muslimat sejagat.

Dulu, aku adalah di antara gadis2 yang masih mengigit jari pada usia 30 tahun kerana menunggu jodoh yang tak kunjung2. 

Pesananku simple sahaja: RILEKS. 

Yes, rileks. Memang susah nak dilakukan bila asyik kena attend wedding teman rapat dan teman sejawat. Memang susah nak buat bila asyik ditag gambar2 baby yang bukan baby anda. 

Your future husband pun tengah tunggu you

Masa aku kecik dulu, tipulah kalau takde berangan-angan kawen macam princess2 kat fairytale tu, kononnya time kawen, aku cun gila, muda gila, & berjumpa akhirnya dengan prince charming yang hot gila. Tapi Sleeping Beauty kawen masa 16 tahun, Cinderella pun 16 jugak. Diana Danielle 22 tahun. So aku pun set la benchmark untuk dunia realiti dan bukan fantasi, aku nak menikah pada usia 25 tahun. 

Tapi 25 tahun sudah kulepasi, tanpa seorang pakwe pun...
Begitu juga 26, 27.....tik tok tik tok....sehinggalah aku sampai ke....argghhh...

ANGKA 3 ITU!

Aduhhh,,, di manakah cik abang sayang nih? takkanlah bila dah tua kerepot baru la nak merasa alam percintaan, perkahwinan, keibuan bla bla..





Yes, kadang2, menunggu kedatangan Mr. Right ini umpama menanti telur dalam peti ais kita menetas menjadi anak ayam.

Realitinya, kita sebagai perempuan akan menunggu dan terus menunggu. Girls yang cakap, "Seriously I'm not looking" pun saya pasti, akan berdebar jantungnya bila dihulur name card oleh si jejaka cute.

Persoalannya, perlukah kita risau?

Jawapan saya, tidak dan ya.

Tidak, kerana perihal jodoh ini bukan kerja kita. Ia adalah rahsia Allah SWT. (Dan aku sangat bongok kerana tak paham2 tentang itu dulu)

"Jodoh itu pasti datang", kata ibu. 

"Makhluk Allah diciptakan berpasangan" kata Ustaz. 

"Setiap sesuatu itu diciptakan berpasangan - Al-Zaariyat, 49" kata wadah yang dicetak di belakang kad kawen member anda.

Biasanya, suami kita nanti adalah seorang insan yang sedang menantikan seorang isteri juga. Tanyalah kepada semua pengantin lelaki, pasti itu jawapannya. Cuma bila kulihat balik sejarah pertemuanku dengan suami, bolehlah aku simpulkan dua perkara.

Pertama, 
 PERTEMUAN KITA DAN JODOH SUDAH DITETAPKAN OLEH ALLAH BILA SAATNYA, DI MANA TEMPATNYA DAN BAGAIMANA KEADAANYA. 

Kedua,
buat penatja aku tunggu, tension cari sana sini kalau aku tau le cam gini simple je ke caranya aku dipertemukan dengan jodohku.

Yang pasti, dia akan muncul. Bila Allah sudah tentukan dia muncul, dah tak guna pun sembunyi bawah katil.

Yes, suatu hari, dia akan datang. Kita semua ingin kahwin di usia muda. Tapi percayalah, muda atau 'tak berapa muda', bila jodoh sudah tiba, kita akan mendapati perancangan Allah itu sungguh indah, sempurna, dan penuh Bijaksana.

Senang crita, dia datang tepat pada masanya, pada lokasinya dan pada keadaannya.

Berbalik kepada soalan, perlukah kita risau? aku ingin menambah, kita perlu jugak. 

Sebab kalau kita menafikan kerisauan kita, kita tidak RILEKS. Kita perlu beri izin diri ini menjadi manusia & beri sedikit ruang untuk ketidaksempurnaan kita. Kita perlu beri izin diri ini menjadi wanita. Wanita yang lemah dan memerlukan.

Jadi cubalah peluk diri sendiri (sementara masih belum dipeluk suami). Pujuk diri, "Its okay to worry".

Saya pasti awak akan jadi lebih RILEKS.





























Wednesday, 19 December 2012

CERITAKU DI PHUKET

Percutianku hancur sekelip mata.

Dalam perjalanan, tengah berjalan, sesudah berjalan pun, tiada apa yang dapat kunikmati di pantai yang terkenal di kalangan minah2 saleh serata dunia nih.

Semenjak pantai ternama ini dilanda tsunami suatu ketika dulu, aku macam teringin benor nak ke Phuket. Aku sudah lama menghimpun nekad, untuk bergambar sakan, and of course berfacebook sakan tentang percutianku di Phuket.

Tapi oh, sayangnya Allah kepada hambaNya, sib baiklah percutian tu hancur. Tak sempatle aku nak menayangkan foto2 aku tersengih di tengah pantai biru, mengupload gambar juadah yang tak berapa pelik pun (nasi goreng pataya/ nasik paprik) & pelbagai lagi foto2 yg macam poskad di Facebook. Kalau tak, mungkin aku akan tersyok melayan komen2 org kat fb hehe.

Dalam 20 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Phuket aku mengalami sakit blakang yang macam melecur. Demam panas pun ada. Memang tak ada mood gila nak turun kat mana2 r&r.

Sampai di Phuket, kami check in di Arman Residence. Hah, ni lah pic nya letaknya di tengah2 kota happening Phuket yang tersangatlah happening dan best. Bestkan? tetipa, eh, tetapi, tidak kepadaku.


Kerana apabila aku mula menikmati hot showernya yang begitu best, aku dapati ada ketulan2 pedih di belakangku.

Apalagi, berlarilah aku ke laki aku dan minta dia tengok apa benda kejadahnya yang cam geli & menyakitkan tu. Kerisauan aku mula meletup apabila laki aku yang very cool tu pun cam tekezut, "Ya Allah! Subhanallah, astagfirullah.." dan macam2 zikir lagilah yang terkeluar dari mulut dia. "Ini melecur ni!" katanya. Kataku? "OH tidakkkk..bang camna ni?". Aku panik!

"Ish2, camna nih, pasal voltaren gel ka?" al kisah, dua hari sebelum ke Phuket aku kerap menyapu voltaren gel yang diberikan IJN sebab macam sakit dada.

Yakin benar aku alergi kepada voltaren, aku pun berlari la ke farmasi berdekatan, dengan penuh kesediaan untuk berbahasa isyarat andaikata aku dibalas koen phoeed thai (can you speak thai) atau dipersembahkan dengan muka blur tokeh farmasi yang tak paham english.

Tanpa banyak bertanya, aku just cakap, "A-LER-GI" cam aku sebut kat budak darjah satu. Aku lalu diberikan pil dan ubat sapu.Peh, paham pun.

Maka dengan lafaz bismillah, sapulah aku di tempat melecur tu. Dan turun makan buffet dengan senang hati. (Of course, teringin jugak nak bergambar sakan sana sini makan buffet hotelkan...bukan selalu..tapi oh, apalah nasib).

Malam itu, bermulalah azab episod kedua. Tidurku tidak nyaman di katil empuk. Tidur anak2 ku pun tak nyaman dek aku asyik tutup bukak aircond sebab suhu badan aku macam roller coaster plak. Kejap sejuk, kejap tak cukup sejuk.Asal nak terlelap ja, aku dikejutkan dengan rasa melecur teruk di blakang. Tukar posisilah, apalagi - tidur berdiri, duduk, baring. Yes, aku bangun keesokkannya mendapati diriku tertinggung di atas katil sebuah hotel popular di phuket di samping anak2 yang tidur nyenyak memeluk bantal. 

Banyak plan besoknya tu. Yang paling ditunggu2 - yes, shopping! Tapi yang dicari dan dituju - yes, klinik2 atau hospital.

Aduh, kesiannya lakiku, kesalnya aku sebab dia terpaksa merayau-rayau cari klinik di hari pertama yang diharapkan dapatlah kami berjalan2 menikmati kota Phuket. Dan lebih teruk lagi, klinik2 kat sana ada seketul dua je dan semua tutup awal. Pelik jugak aku awatla Phuket lagu ni. Ada satu klinik ni dah la susah nak cari, nurse dia siap cakap doktor takdak & suruh aku gi hospital awam.

Hospital awam? terbayang aku kena ambik nombor and tunggu berejam. Oh, sungguh best kan mengharungi perjalanan 20 jam untuk bercuti di hospital? 

Kejutanku mendadak apabila doktor cun kat hospital tu pun tekejut tengok blakang aku, "oh dear!" itulah kalimat pertama dari englishnya yang perfect American tu. Huh, sib baikla leh kecek english..

"This is not aleRgi. This is heRpes!!!" Yes, huruf R dibesarkan untuk mengkhabarkan betapa indah suaranya berdialek American.

Herpes?!! ee...apa tu...macam penyakit yang melanda orang tak mandi sepuluh hari je...bunyi cam kurap or kudis buta pun ada eee...apa salahku?!! mandi hari2..wuduk hari2. nak kata main kurap kucing, jauh sekali. nak kata duk rajin kopek kudis gigitan nyamuk tu, ada gak le sekali sekala tapi ish, takkan ini balasannya....

"This is how it happened. When you were little, you had chicken pox right? The virus remain in youR body. So now it comes out as heRpes zosteR. The virus is same like chicken pox virus"...aku pun paham tak paham apa dia cakap walaupun aku paham American english. Yang aku tau bila laki aku tanya doktor cakap apa, aku bantaije cakap "chicken pox".


Aku pun dapatla sedozen ubat anti viral. tapi ubat tak ubat, aku stress, stress, stress! Dan bila sampaije hotel, apalagi, bermulalah aktiviti yang sering kulakukan bila aku stress - mengoogle.



Nampaknya, aktiviti mengoogle aku bukan lagi mengurangkan stress, menambahkan stress aderla. Mana taknya, aku ditayangkan dengan imej2 org yang kurang bernasib baik cam aku nih, ha ni lah contohnye la...


Banyak gak maklumat aku dapat tahu. Herpes zoster ni ada nickname yang bleh diilhamkan untuk nama kucing - shingles. Orang yang penah dapat chicken pox and imuniti rendah cam aku, amat berpotensi dapat penyakit ni bila dewasa. Ha itula hakikat kena terima, takdak kena mengena ngan tak mandi semingguka, peluh sakan ka or main kucing kurap ka.

Dan paling mengejutkan aku dapat tau, tanda2 awal dia ha tu la, sakit dada. So buat penat je aku pi ijn kul 10 malam hari tu takdak kena mengena pun ngan sakit jantung.

 Lagi satu fakta yang membangangkan, herpes ni makan masa lama nak sembuh. Mungkin seminggu, mungkin dua minggu, sebulan pun ada. Maka dengan itu, amatlah besar kemungkinan aku akan menghabiskan percutian di Thailand dengan muka cam orang kalah bola.

Ha inilah buktinya. Sekian.







Wednesday, 29 August 2012

Ikat suami melalui perutnya? Betulke?

Dulu waktu orang-orang tua asyik berpesan"nak ikat suami dengan perut", aku masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Aku bukan tak percaya, tapi macam tak logik. Kenapa la pulak nak ikat-ikat orang nih..

Sebab kedua aku tak percaya, aku tengok ramai member2 ku dahla tak pernah masak untuk suami, suami pulak yang masak untuk depa - "terikat" je si suami kat depa. Malah bukan main cinta lagi kat bini.

Sebab ketiga aku tak percaya, aku percaya yang membahagiakan si suami adalah si isteri yang bahagia. Jadi kalau si isteri asyik penat memasak, bekeng 24 jam, tak semestinya si suami tertambat.

Sebab keempat, aku tengok ada gak bini2 yang kaki masak 5 kali sehari untuk suami, tapi kena tinggal gak. So aku lagila persoalkan kesahihan teori ni.

Sebab kelima dan yang paling utama, of coursela aku tak percaya sebab aku sendiri memang tak pandai masak pun. So, untuk sedapkan hati dari takut laki lari, aku pun kononnya tak percayalah.

Sampailah aku ditakdirkan berkahwin. Memang time tu, aku nak test jugak - "betuikah nak ikat suami melalui perutnya?". kalau aku jamu nasik ngan telur kicap (telur goreng buh kicap je) hari2, adakah cintanya akan beralih arah ke kedai mamak?

Tapi kes aku susah jugak nak dijadikan kes studi. Sebab suamiku tak pernah expect aku memasak. Dia takdala pulak masak untuk aku tapi dia sering bertanya hari2, "nak makan apa kie, abang belikan".

Masa awal2 berkahwin tu, aku macam balog liat jugak. Kalau boleh hari2 nak mintak suami belikan lauk. Time mengandung paling best, boleh rilek je...hehehe...ish-ish...tak baiknya aku.

Sampailah masanya anak aku berusia setahun lebih, dan mula memakan nasik. Of courselah kebiasaan hati seorang ibu, pasti sanggup memasak apa saja kegemaran si anak. So berlakulah episod belajar memasak dari taktau masak dan memborong buku2 chef hanieliza beserta rempah2 instant adabi.

Aku try macam2 masakan. Dari sambal, sup, panggang, berkuah, bergoreng blabla...Of courselah sudah sinonim kepada orang yang baru belajar memasak, ayam masak kicap menyerupai ayam hangus, kerutuk telur berubah wajah menjadi kurma telur, nasik beriyani terjadi masakan special, iaitu - bubur beriyani.

Tapi aku pelik dengan suamiku. Alhamdulillah, tidak pernah complain. telur goreng  bercampur cengkerang telur pun dia balun je untuk sahur. Nasik lembik pun seleraje dia makan siap buh kuah lagi.

So......

Benarkah mengikat suami melalui perutnya?

Sebelum ku jawab, biarlah aku nukilan kan episod terkini. Aidilfitri tahun ni, kira aku sudah lulus lah untuk memasak untuk kenduri kendara. Dah tak gerun dah untuk panaskan minyak, tumis, jirus santan dalam kawah besar untuk buat rendang. Dah tak gerun menjadi tukang masak solo. yes, solo. Solo bermaksud, kalau tak sedap, semua orang sakit perut, siaplah nkau nak menjawab.

Aku tak la kata aku pandai memasak, tapi suamiku macam suka masakan ku. Alhamdulillah. kalau aku penat dia akan tapau, tapi aku dapat rasakan dia macam happy semacam kalau nampak ada ayam ke, daging ke yang dah dikeluarkan dari peti sejuk. Hari-hari dia tanya, "masak apa hari ni, yang?"

Ramadhan tahun ni, boleh dikatakan hari2 aku masak untuk keluarga. Aku kira selera suami dan keluargaku sudah sebati dengan rencah air tanganku, walau pahit manapun masakanku.

Besok, aku akan berpisah sekejap dengan suami untuk menjaga ibu di kampung halaman yang tidak sihat. Suami aku ada kata, dia akan sangat merindui ku. So, aku terfikirlah balik, adakah sebab hari2 dia bangun breakfast dah terhidang di atas meja?

Hmmm... susah nak menjawab. Sebab, ada jugak hari2 aku bangun roti canai dah tercangak kat atas meja.

apa yang boleh aku simpulkan, masakan si isteri tidaklah semestinya mengikat suami, tetapi menambat kerinduan si suami. Masakan tidak, hari2 asap bekepui di dapur, aroma tumisan menghuni se pelusuk rumah, air teh panas siap terhidang menyambut keletihan suami. tiba2, kena mengadap mi goreng sejuk di balik bungkusan surat khabar.... cuba bayangkan kita di tempat suami..sure rindu si isteri kan?

Jawapannya, janganlah berniat memasak untuk mengikat suami. Masaklah dari hati yang kasihan melihat suami dan anak2 nak kena makan bungkus lagi. Yang paling penting, masaklah untuk mengikat diri kita dengan masakan kita. Sebab bila kita happy memasak, akan terpancar kepuasan yang menjadi penyejuk hati suami.

Yang mengikat suami sebenarnya, ialah kasih sayang kita - yang salah satunya dizahirkan melalui rencah air tangan kita. Wallahua'lam.

Thursday, 28 June 2012

Marah vs Tanggungjawab

Salam ukhuwah saudara-saudara ku,

Bertemu kita sekali lagi dalam blog ini. Hari ini, saya akan membicarakan, atau dalam perkataan lain, mengomen tentang budaya "menyalahkan orang lain" yang ada pada setengah2 orang. InsyaAllah, saya cuba untuk mengikis perangai ini jika ada pada dalam diri saya. Dan Alhamdulillah, saya tidak hidup di kalangan orang2 yang macam ini. Dah tentu sukar hidup jika hari2 asyik dipersalahkan.

Menyalahkan orang lain....atau dalam bahasa klasiknya "menuding jari" atau dalam bahasa mat sallehnya, "blaming"....





Bila saya berjalan membawa anak2 di taman, atau membeli belah di Tesco atau menonton drama2 Jumaat malam, hati saya tersentak dan agak 'sakit' bila melihat seseorang yang suka menuding jari ni untuk serba serbi tak kena dalam hidupnya. Berikut adalah yang paling lazim kita dengar,


"Abang ni balik la kerja cepat sikit, saya bosan tau duduk rumah", kata si isteri, menyalahkan suaminya.
"Ha itulah awak saya boroi ni pun sebab awakla", kata si suami menyalahkan masakan si isteri.
"Ha itula awak bekeras sangat dengan anak2", kata si suami kepada isteri lagi
"Ha itula awak manjakan sangat budak tu". balas si isteri
"Ha itula mak ayah, asyik gaduh ja"..sambut si anak.


Ramai antara kita berpendapat dengan menyalahkan orang lain, kita boleh meringankan sakit atau tekanan yang dihadapi dalam sesuatu perkara. Contohnya, bila anak kecil kita menghempaskan henfon baru kita. Apakah perasaan kita waktu itu? Jawapannya mudah saja. B-E-N-G-A-N-G. Saya pelikla, bila benda ini berlaku kadang-kadang akan ada adegan mencubit anak. Adakah dengan mencubit anak, sakit hati kita akan berkurang? Sedangkan perbuatan in boleh menyebabkan hati kita lagi sakit. Sudahlah henfon terhempas, kena tengok pulak si kecil menangis kesakitan. Tambah pulak, kita nanti akan menyalahkan diri sendiri sebab gagal mengawal marah. Sememangnya bukan jalan penyelesaian terbaik.

Marah itu adalah perasaan semula jadi. Tidak perlu marah kepada diri sendiri kerana memiliki sifat marah. Tetapi marah itu menjadi bisa apabila kita gagal mengawal marah. Kegagalan mengawal marah dimanifestasikan dengan menyalahkan orang lain.


Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.


 Kita boleh mengawal marah dengan mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan memimpin marah kita. Contohnya, dah tau anak kaki hempas henfon, ha, letakla lagi merata-rata (skrip laki aku). Kita boleh ikhtiar sebaik mungkin untuk melindungi henfon kita. Yang keduanya, jika kita marah, layanla sorang2. Jangan melibatkan orang lain pulak. Contohnya, bila marah, masukla bilik sorang2. Tumbuk bantal lagi baik dari tumbuk muka orang. Takpun, istigfar, and cubalah hiburkan diri sendiri. Apa gunanya game Angry Bird tu...

Nabi SAW bersabda maksudnya :
”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” (HR Ahmad & Abu Daud)
Orang yang kuat ialah orang yang boleh mengawal marahnya. Dia adalah lelaki yang tidak berkata kepada anaknya, "Eh kurang ajar kau ye!", tapi seorang hamba yang berkata kepada anaknya "Eh kurang ku ajar kau ye!".


Ganjaran menahan marah adalah sangat indah. Hilangnya marah, bergantilah sifat sabar. Dan tiada yang lebih indah dari menjadi orang yang sabar. Terasa macam heroin-heroin sinetron yang suka kita tengok tu la.
Nabi SAW bersabda maksudnya:
“Seorang hamba yang menahan marah kerana Allah Ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dengan keamanan dan keimanan”. (HR Abu Daud)
 Itulah serba sikit komen-komen ku tentang orang yang suka menuding jari ni. Diharap kita semua dilindungi dari menjadi orang2 seperti ini. Paling penting, kita tidak menjadi orang yang lebih teruk dari orang yang suka menuding jari...


...Iaitu orang yang bukan saja suka menyalahkan orang lain, tetapi suka menyalahkan televisyen bila hero mati ke, kalah bola ke, or takde signalke...

Nau'dzubillah. 












Friday, 22 June 2012

Tudung labuh serata dunia

Saya terdetik untuk menulis post ini setelah melihat lagi keindahan wanita-wanita bertudung labuh di dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. Syabas kepada Habiburahman kerana menerbit bersama sebuat filem yang meledakkan fesyen tudung Oki Setiana Dewi aka tudung labuh ni. InsyaAllah, ulasan filem tersebut akan saya kemukakan di post akan datang.

Di serata dunia, muslimah2 paling anggun bertudung labuh. InsyaAllah, saya cuba menampilkan contoh dari setiap benua. Harap dapat beri manfaat.

1. Pakistani Shawl




2. Bangladeshi hijab



3. Iranian Chador



4. Indian Chador





5. Asian long hijab



6. Chinese Amira




7. Western Khimar


8. Western Amira



9. The Gulf Khimar



10. More Khimar



11. Jilbab Indonesia



12. Tudung labuh Malaysia



Jika dapat dilihat, tudung labuh, walau di mana ceruk dunia sekali pun, amat mementingkan sifat malu kaum wanita, dan inilah dikatakan hijab sebenar. Ayuh, marilah kita bersama-sama memartabatkan diri sebagai muslimah yang indah, luaran dan pekerti. InsyaAllah.